Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang
ditubuhkan 20 tahun lalu, begitu sinonim dengan pengurusan zakat di
Negeri Selangor. Sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS
(MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat
serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan
berkesan selaras dengan tuntutan syarak.
Dengan motto ‘Meneraju Perubahan’, LZS (MAIS)
sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para
pelanggannya iaitu pembayar dan penerima zakat. Dibantu dengan tenaga
lebih 400 orang warga kerja serta disokong oleh 25 buah cawangan LZS di
seluruh Selangor, LZS (MAIS) terus menjalankan amanah sebagai amil dan
amilin yang mempunyai integriti, jujur dan telus dalam melaksanakan
tanggungjawabnya.
Dalam tempoh dua dekad penubuhannya, LZS (MAIS)
meningkatkan kecemerlangannya sebagai institusi zakat yang disegani
dengan sentiasa mempergiatkan gerak kerja dakwah bagi memastikan lebih
ramai masyarakat menunaikan rukun Islam ini. Manakala, pengagihan zakat
juga ditambah baik agar menyeluruh dan berkesan kepada lapan asnaf yang
ditetapkan dalam al Quran melalui lima program pembangunan utama asnaf
iaitu Program Pembangunan Sosial, Pendidikan, Ekonomi, Insan dan
Pembangunan Institusi Agama.
Hari ini, LZS (MAIS) berdiri menjadi
institusi zakat yang berwawasan dan mengamalkan pengurusan terbaik dalam
menjana dan memartabatkan kecemerlangan bukan sahaja asnaf malahan
ummah secara keseluruhannya. Ramai usahawan yang berdaya maju
dilahirkan, anak-anak asnaf cemerlang dalam pendidikan dapat menyambung
pengajian, keluarga mempunyai tempat perlindungan yang selesa malahan
bebanan kos perubatan tinggi dapat diringankan.
Online Jobsadvertisment mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Zakat Selangor sebagai :
1. Internship for Business Studies/Administration Students
mohon disini
Tarikh tutup permohonan pada 16 Ogos 2015