KEPERLUAN STANDARD RESUME OLEH KEBANYAKKAN MAJIKAN
TIADA STANDARD KHUSUS YANG DIREKA OLEH MAJIKAN
TERHADAP KEPERL
UAN RESUME. Resume anda harus tersusun dengan sempurna dan
menarik supaya mudah di baca dan difahami oleh majikan. Kandungan resume pula
haruslah membantu menonjolkan maklumat yang selaras dengan jawatan yang dimohon
mahupun apa sahaja yang difikirkan bersesuaian.
Lazimnya, panjang sesebuah resume haruslah sekitar
tiga hingga empat muka surat. Resume yang terlalu ringkas memberikan maklumat
yang tidak lengkap manakala resume yang terlalu panjang memungkinkan adnya
maklumat-maklumat yang tidak diperlukan dan tidak bersesuian disertakan di
dalam resume tersebut.
Antara format yang sering digunakan adalah jenis
tulisan (font) Times New Roman, Arial, Century Gothic, dan Tahoma. Manakala
saiz tulisan pula sekitar 10-12 point. Gunakan kertas A4 berwarna putih dan
cetak dengan jelas sama ada menggunakan cetakan laser atau ink jet.
Elemen penting yang perlu ada di dalam resume:-
a) Gambar
· Sila gunakan gambar yang kemas, rasmi dan
bersaiz kad pengenalan. Jangan beri gambaryang lama, pakaian yang tidak kemas
atau gambar daripada album yamg dipotong, gambar selfie. Namun adalah lebih
kreatif jika gambar penuh dengan penampilan yang professional dan berlatar belakangkan
suasana kerja atau organisasi berkenaan.
b) Tajuk
·
Resume
c) Tarikh
· Ini amat penting bagi membolehkan majikan atau
diri anda mengetahui waktu resume tersebut ditulis sekaligus membantu anda
untuk mengemaskini resume anda setelah beberapa tempoh. Resume yang telah lama
berkemungkinan memberikan butiran tidak tepat sekiranya berlaku hal seperti
perubahan tempat kerja , menyambung pelajaran, pendapatan terkini,
kursus-kursus terbaharu yang dihadiri mahupun butiran diri seperti taraf
perkahwinan, alamat dan nombor telefon.
d) Butiran
Peribadi
· Maklumat ini membolehkanmajikan cuba
menggambarkan latar belakang anda merangkumi nama penuh, nombor kad pengenalan,
umur, tempat lahir, berat, tinggi, tahap kesihatan, jantina, alamat, nombor
telefon dan taraf perkahwinan bagi melihat dan menilai pemohon sama ada
bersesuaian dengan keperluan jawatan yang dipohon.
· Pastikan nama penuh anda sama seperti di kad
pengenalan, alamat dan nombor telefon terkini yang boleh dihubungi
e) Objektif
Kerjaya
·
Menyediakan matlamat atau objektif kerjaya
memberikan peluang kepada majikan untuk memahami halatuju kerjaya dan keinginan
anda dalam kehidupan jangka masa panjang.
·
Langkah ini dapat membantu mereka menilai sama
ada hala tuju tersebut menepati suasana atau sama ada majikan dapat memenuhi
keinginan kehidupan anda.
· Matlamat tersebut juga dapat memberikan gambaran
sama ada keinginan anda bersesuaian dengan calon pekerja yang mereka perlukan.
· Contoh – ‘Membina kerjaya saya sebagai seorang
akauntan yang berupaya mempraktikkan semua pengalaman dan kebolehan bagi
mempertingkatkan prestasi selaras dengan visi dan misi organisasi.’.
f) Latar
Belakang Akademi
·
Menyediakan maklumat asas bagi memenuhi syarat
jawatan yang dimohon seperti tempoh pembelajaran pemohon. Namun maklumat
akademik seharusnya dimulakan dengan pencapaian akademik yang tertinggi.
· Nyatakan juga institusi atau kolej yang pernah
disertai serta nyatakan tahun pembelajaran.
g) Kursus-kursus
yang pernah dihadiri
· Ini dapat membantu serta memberi kelebihan
kepada permohonan anda apatah lagi jika senarai kursus yang pernah dihadiri
sesuai dengan jawatan yang dipohon.
h) Rekod
pekerjaan dan pengalaman
·
Maklumat ini dapat memberitahu majikan mengenai
pengalaman bekerja anda atau pendedahan Susana pekerjaan yang serupa dengan
jawatan yang anda pohon. Pengalaman kerja yang lepas dan jawatan yang dimohon
hendaklah mempunyai kesesuaian dan berkaitan.
· Namun adakalanya pengalaman kerja dan jawatan
yang dimohon tidak berkaitan tetapi permohonan turut dipertimbangkan sekiranya
anda Berjaya menampilkan karisma yang amat menonjol.
i)
Pencapaian dan anugerah
· Dengan menyatakan pencapaian terbaik yang pernah
anda lakukan dalam pengalaman kerja anda mahupun anugerah yang telah diterima
dapat menguatkan lagi sokongan untuk anda terpilih mengisi jawatan yang
dimohon. Ini termasuklah juga bagi mereka yang tiada pengalaman bekerja tetapi
memperolehi pencapaian dan anugerah tersebut dengan jawatan yang dimohon.
j)
Kemahiran tambahan
· Perlu menyatakan beberapa kemahiran tambahan
yang ada pada diri anda agar dapat membantu penilaian pemilihan bersesuian
dengan jawatan yang dimohon.
k) Kokurikulum
/ aktiviti tambahan
· Nyatakan apa-apa persatuan, kelab atau
pertubuhan yang anda sertai. Selain itu juga, anda perlu juga menyatakan
jawatan yang anda sandang jika menganggotai mana-mana kelab atau pertubuhan.
l)
Rujukan
·
Sertakan sekurang-kurangnya dua atau tiga nama
untuk dirujuk agar dapat membantu majikan untuk menyemak dan membuat rujukan
sekaligus membantu memberikan sokongan kepada permohonan anda.
·
Pastikan anda memaklumkan kepada
individu-individu berkenaan yang anda jadikan beliau sebagai rujukan mengenai
isi kandungan resume agar apabila dirujuk oleh pihak majikan, maklumat yang
diberikan tidak bercanggah.
·
Sebaik-baiknya anda boleh menamakan beberapa
pegawai , eksekutis, pengurus, atau ketua jabatan sebagai rujukan. Bagi calon
lepasan IPT, anda boleh menamakan pensyarah atau dekan sebagai rujukan anda.