TIPS MEMBUAT RESUME

TIPS MEMBUAT RESUME

jobsadvertisment.blogspot.com



PENGENALAN RESUME
 
Resume adalah ringkasan mengenai diri anda dan juga sebagai alat pemasaran pekerjaan bagi diri anda untuk mendapatkan tempat di dalam sesi temuduga. Resume juga boleh dipanggil sebagai Curriculum Vitae (CV) atau biodata pekerja dan pelbagai lagi istilah yang digunakan. Ada juga sesetengah orang berpendapat bahawa resume merupakan ringkasan kepada CV. Apabila  memohon pekerjaan, kita akan menghantar resume serta borang yang perlu diisi oleh pihak majikan (jika ada) dan pemohon perlu membawa resume ketika menghadiri sesi temuduga.


Perihal lain bagi resume ialah ringkasan peribadi yang mana meliputi sejarah professional dan kelayakan akademi seseorang pemohon. Kebiasaannya resume merangkumi maklumat, matlamat ataupun objektif kerjaya anda, latar belakang taraf pendidikan, pengalaman pekerjaan sebelum ini (jika ada), pencapaian kecemerlangan, kursus-kursus yang pernah dihadiri, kemahiran-kemahiran yang anda ada dan boleh dibuktikan. Lazimnya, panjang sesebuah resume tidak melebihi 3 atau 4 buah muka surat. 

Sepanjang proses permohonan pekerjaan, resume adalah dokumen asas yang perlu disediakan oleh anda. Bagi memberi gambaran awal yang positif terhadap permohonan anda, resume sepatutnya disediakan dengan menarik, baik, kemas, format yang senang dilihat dan dengan computer atau mesin taip. Resume yang dicetak berwarna adalah digalakkan. Menulis dengan tulisan tangan adalah amat tidak digalakkan kerana bimbang tulisan tangan anda sukar dibaca atau tulisan tidak kemas dan tidak jelas yang mana sekali gus mengelakkan resume anda terus kedalam tong sampah sebelum sempat dipertimbangkan.

TUJUAN RESUME

Resume merupakan asas keperluan bagi proses pemilihan calon terbaik ketika temuduga. Lazimnya, calon yang mahu memohon pekerjaan dikehendaki menyertakan resume mereka bagi tujuan pemilihan. Hal ini sekaligus membantu syarikat memendekkan masa pemilihan dan penilaian. Namun jika permohonan anda tidak disertakan dengan resume, besar kemungkinan permohonan anda untuk tidak dilayan atau ditolak tanpa memberi peluang untuk dipanggil temuduga adalah tinggi.
Selain itu juga, maklumat yang terkandung dalam rsume turut memberi peluang kepada majikan untuk menentukan kesesuaian anda dengan jawatan yang dimohon khususnya maklumat yang berkaitan dengan kelayakan dan pengalaman.

KEPENTINGAN RESUME
Melalui resume anda boleh menyatakan sumbangan yang anda boleh berikan kepada syarikat jika anda dipilih apatah lagi jika anda mempunyai pengalaman kerja yang sama. Ini adalah keranaresume memuatkan maklumat mengenai semua keupayaan dan kebolehan anda.

Sebenarnya dengan menyediakan resume dapat membantu persiapan anda sebelum menghadiri temuduga. Kebanyakkan soalan yang ditanya ketika temuduga adalah berpandukan maklumat seperti yang terkandung di dalam resume.
 
Malah dengan adanya resume yang lengkap dan tepat, proses mengisi borang permohonan pekerjaan anda dapat dipercepatkan kerana segala maklumat yang diperlukan boleh diperolehi daripada resume yang telah anda persiapkan.


Terima Kasih Kerana Membaca TIPS MEMBUAT RESUME .


Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *

Back To Top