Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Iklan Jawatan Kosong di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Pemohon dari warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti syarat layak untuk mengisi kekosongan jawatan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai:

Jawatan Yang Ditawarkan:
1 - Laskar Kelas II Maritim Gred XA1

Tarikh Tamat Pemohonan Pada 22 / 07 / 2015


  • Kumpulan: Sokongan
  • Kem/Jab: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM   GAJI MAKSIMUM  KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
      RM1,014.00           RM3,517.00                           RM100.00            

  • Syarat Lantikan:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred XA1 : RM1,014.00);
    • Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
      • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
      • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
      • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
      •  
  • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  •  
  • Deskripsi Tugas:
    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

 Selamat Mencuba Dan Berjaya
Terima Kasih Kerana Membaca Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *

Back To Top