Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia

Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia

Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959. Bank Negara Malaysia tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

Pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga dan pada masa yang sama terus menyokong pertumbuhan. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem kewangan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan, progresif dan pelbagai yang menyokong sektor ekonomi benar. Bank Negara Malaysia juga memainkan fungsi penting untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.

Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sistem kewangan bagi memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor ekonomi dan segenap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara yang memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan dan keselamatan sistem kewangan.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia memberikan nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Bank Negara Malaysia juga merupakan pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.

Iklan Jawatan Kosong di Bank Negara Malaysia.
Pemohon dari warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti syarat layak untuk mengisi kekosongan jawatan di Bank Negara Malaysia Sebagai:

Jawatan Yang Ditawarkan:-

1 - Konstabel Polis Bantuan - Wanita
2 - It Application Analyst - A S400

Tarikh Tamat Permohonan : 19 Julai 2015

MOHON DISINI   TIPS TEMUDUGA

SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA
Terima Kasih Kerana Membaca Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia.


Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *

Back To Top