Menilai Keinginan Anda

Menilai Keinginan Anda



Menilai Keinginan Anda

ASSAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
Pada entri yang yang lepas saya telah memberikan tips membuat resume dimana resume itu adalah berkenaan ringkasan mengenai data peribadi meliputi sejarah professional dan kelayakan akademi seseorang. Resume yang baik tidak menjanjikan anda mendapatkan pekerjaan. Namun, penyediaan resume yang lemah bukan sahaja menyebabkan anda langsung tidak dipertimbangkan untuk melayakkan diri ditemuduga malah membazirkan masa dan tenaga anda untuk menyediakannya.


Pada entri kali ini saya ingin membuka bicara mengenai Menilai Keinginan Anda.
‘minda ibarat payung terjun yang mana hanya berfungsi apabila ianya dibuka’
Ramai diantara calon lepasan IPTA ataupun IPTS dan lepasan sekolah tidak benar-benar jelas akan keinginan ataupun kemahuan mencari peluang pekerjaan yang selaras dengan cita-cita impian mereka mahupun menyesuaikan cita-cita itu dengan suasana pasaran kerja semasa.

Akibatnya, mereka boleh tersalah pilih pekerjaan yang akan menjurus kepada kerap menukar kerja, bekerja tetapi tidak memenuhi kepuasan hati dan ada juga yang bekerja kerana terpaksa. 

Tips bagi pelajar lepasan IPTA atau IPTS yang ingin mencari kerja haruslah menilai keinginan pekerjaan berdasarkan bidang pengajian anda. Maklumatmaklumat berkenaan kerjaya yang selaras dengan bidang pengajian anda boleh diperolehi daripada unit kerjaya atau kaunseling dan sebaik-baiknya anda harus mempunyai inisiatif untuk memperoleh maklumat tersebut dari tahun akhir lagi. Hal ini agar persediaan dapat dibuat lebih awal khususnya jika anda berpeluang membuat latihan industry dimana-mana agensi atau organisasi.

Sebagai contoh, jika anda berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan, peluang pekerjaan yang boleh anda pohon ialah Penolong Pegawai/Pegawai (jika tiada pengalaman), Pegawai/Pembantu Eksekutif (Berpengalaman 1-3 tahun) dan Pegawai Kanan/Eksekutif (3-5 tahun).

Tidak dilupakan juga bagi lepasan sekolah (SPM), keinginan anda terbatas disebabkan kelayakan akademi (maaf bukan niat untuk merendahkan). Anda harus memohon pekerjaan berdasarkan minat, kelayakan dan kebolehan yang anda ada. Mungkin anda cenderung kepada perniagaan mahupun dalam bidang kemahiran yang mempunyai kepakaran tersendiri.

Jika kerja yang dimohon tidak memenuhi minat anda, berkemungkinan besar untuk anda tidak akan dari sesi temuduga adalah tinggi serta akan mengendahkan tawaran kerja dan berkemungkinan juga anda akan tidak tetap pada tiap satu-satu pekerjaan.

Antara bidang-bidang pengkhususan bagi calon-calon yang ingin memohon pekerjaan adalah seperti  bidang jualan, belian(procurement), perancangan, gudang, sumber manusia, latihan dan pembangunan, pentadbiran, pengeluaran, perkapalan, logistic, pengilangan, perniagaan, pengurusan projek, khidmat pelanggan dan juga yang paling mendapat perhatian adalah Jawatan Kerajaan.

Jika kita melihat kepada perkembangan peluang pekerjaan sekarang, ia seolah-olah menggambarkan bahawa peluang pekerjaan adalah tidak banayak sekali gus kita tidak boleh terlalu mengharapkan pekerjaan yang selaras dengan kelulusan akademi kerana jika kita terlalu memilih dan berkeras untuk terus menunggu dan memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan kita, dikhuatiri kita akan terus menjadi penganggur untuk tempoh yang lama. Hal ini terbukti apabila statistic pada 2006 lagi telah menyatakan bahawa terdapat hamper 60000 graduan menganggur. Jika jumlah dan trend ini dijadikan sandaran, maka sudah tiba masanya anda menumpukan perhatian kepada peluang yang ada tanpa terlalu mengira jawatan dan pendapatan.

Apa yang penting, peluang tersebut dapat dijadikan batu loncatan untuk membina kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakkan sebaiknya terdapat kekosongan di syarikat anda bekerja. Di samping itu juga, anda dapat membina pengalaman, menambah pengetahuan, bekerja untuk dijadikan modal sokongan apabila anda memohon pekerjaan untuk jawatan lebih tinggi pada masa akan datang.

Terima Kasih Kerana Membaca Menilai Keinginan Anda.


Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *

Back To Top